Jika sebelum ini kalendar terbaru yang dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi tahun 2015 jadi perhatian kerana foto ahli-ahli bomba yang segak bergaya dipaparkan.
Kami di Astro Gempak ingin berkongsi dengan anda pula lima foto anggota polis paling kacak sempena kemunculan filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi pelakon Shaheizy Sam dan pelawak Zizan Razak pada 17 September ini.
Kami di Astro Gempak ingin berkongsi dengan anda pula lima foto anggota polis paling kacak sempena kemunculan filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan dibintangi pelakon Shaheizy Sam dan pelawak Zizan Razak pada 17 September ini.
Harinder Singh Sekhon
Jika anda fikir dia adalah salah seorang aktor filem Bollywood sedang memakai pakaian seragam polis, maaf tekaan anda salah. Memperkenalkan Harinder Singh Sekhon, salah seorang anggota polis yang bertugas di New Delhi, India. Dengan memiliki rupa yang kacak dan berbadan yang sasa, nama Harinder mula melonjak naik dan menjadi kegilaan wanita di India selepas dia muncul sebagai salah seorang peragawan di Premia India Runway Week 2013.
Menarik apabila pihak media bertanyakan mengapa Harinder bersetuju untuk muncul dalam dunia perawagan dan hiburan Bollywood, tanpa berselindung Harinder menjelaskan mahu mengubah imej polis di India yang dikenali dengan masalah rasuah, sikap malas dan tidak menjaga tubuh badan mereka.
Chris Kohrs
Kita beralih pula ke negara “Uncle Sam” di mana seorang anggota polis yang dikenali dengan nama Chris Kohrs sering menerima pelawaan wanita untuk selfie bersama. Jejaka berusia 36 tahun ini bertugas di bandar besar San Fransisco dan cukup disayangi penduduk setempat.
Kohrs yang lahir di Korea Selatan, mula menjadi tumpuan pengguna media sosial selepas seorang individu yang tidak dikenali telah memuat naik foto dia sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja. Kerana ketampanan dan memiliki tubuh badan yang sasa, foto tersebut menjadi perkongsian di laman Twitter sehinggakan salah seorang peminat fanatiknya telah membuka akaun Facebook khas buat peminat Kohrs yang kini mendapat hampir 54,000 ‘like’.
Baru-baru ini laman-laman web di Amerika Syarikat telah menobatkan Kohrs sebagai ‘Anggota Polis Paling Tampan Amerika Syarikat’.
Benjamin Cheah
Hanya kerana foto berjaya menyelamatkan seorang kucing dari sebuah pokok tersebar di media sosial, nama Benjamin Cheah dan rakan setugasnya iaitu Mohammad Faidzul Bin Muslim menjadi kegilaan wanita-wanita di Singapura.
Ramai pengguna media sosial memuji ketangkasan Benjamin dan Faidzul menjalankan tugas selain memiliki wajah yang kacak. Foto tersebut menjadi viral dan menerima lebih 9,400 likes, 1,000 share dan hampir 500 komen.
Benjamin Cheah merupakan salah seorang anggota polis yang bertugas di ‘Kota Singa’ dengan pangkat Staf Sarjan sementara Faidzul pula Koperal.
Malah netizen Singapura yang sanggup menyiasat latar belakang Benjamin Cheah di Facebook turut terkejut apabila mendapati jejaka berusia 24 tahun itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Namun sayangnya, ramai wanita di Singapura frust menonggeng setelah melihat foto perkahwinan Benjamin dan isteri tercinta.
Guilherme Leao
Kepada mereka yang meminati drama-drama bersiri Latin pasti sudah terbiasa dengan pelakon-pelakon mereka yang cukup tampan. Tetapi jarang sekali kita melihat atau didedahkan dengan foto anggota polis kacak yang tinggal di negara-negara seperti Amerika Latin.
Ini dia Guilherme Leao, seorang anggota polis yang paling tampan di Brazil. Kerana terlalu tampan, orang awam mahupun pelancong secara senyap-senyap suka mengambil foto dia sedang bertugas dan menyerbarkan di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Guilherme yang kini berusia 24 tahun ditugaskan untuk menjaga keselamatan keretapi bawah tanah di Sao Paolo menjadi daya tarikan di situ kerana ketiggiannya selain memiliki sepasang mata yang berwarna hijau.
Bukan hanya di Brazil, Guilherme juga turut terkenal di negara-negara jiran seperti Mexico, Colombia dan Argentina.
Long Keyi
Negara China juga turut memiliki anggota polis yang kacak. Semuanya bermula apabila Long Keyi ditugaskan untuk mengawal acara maraton di Bandar Chongqing.
Akibat memiliki wajah yang tampan, Long Keyi dikerumuni beratus-ratus wanita yang mahu mengambil gambar bersamanya kerana rupa parasnya seakan mirip bintang filem Hong Kong, Wallace Chung.
Malah acara maraton terganggu kerana kebanyakan wanita yang turut menyertai larian tersebut mengelilingi jejaka berusia 29 tahun itu untuk selfie bersamanya!