GEMPAR!! Inilah Jawapan Sebab Mengapa Ayah Rani Kulup Sentiasa Pakai Cermin Mata Hitam !!!

1 comment


Baru-baru ini wartawan Sinar hari sempat menemubual bersama Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), atau lebih dikenali lebih dengan Ayah arka 

1) Kenapa selalu buat laporan polis ?

Satu laporan polis yang dibuat akan membuatkan rakyat tenteram. Bayangkan dengan hanya dalam setengah jam selepas saya buat laporan polis dan dilaporkan oleh media, rakyat tahu bahawa ada seseorang yang ambil berat tentang isu semasa. Bagi saya rakyat suka tindakan saya itu (buat laporan berkenaan kes menghasut, menghina)


2) Ada dakwaan mengatakan anda ditaja untuk membuat laporan polis. Benarkah?

Tidak. Kami tidak dibayar oleh mana-mana organisasi sama ada badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik. Kami gunakan duit sendiri sebab membuat laporan polis ini risikonya tinggi. Laporan polis tidak boleh tipu sebab sekarang zaman canggih.

Apabila laporan polis dibuat, nombor laporan sudah direkodkan dan polis akan siasat.


3) Kenapa pilih Balai Polis Dang Wangi untuk buat laporan?

Tidak semestinya. Saya pernah buat laporan di balai polis lain tetapi memang kebanyakan laporan dibuat di IPD Dang Wangi sebab sudah kenal serta mudah berurusan.

Di tempat-tempat lain pun sama juga, saya pernah buat laporan polis di Petaling Jaya, Kuala Kangsar, Seri Manjung dan Sentul.


4) Pernah kena kecam dan ugut?

Ugut tak ada sebenarnya, tetapi unsur-unsur ugutan itu ada, umpamanya ditanya mana ayah , tinggal , cakap hendak jumpa, tetapi tiada juga, tetapi sehingga kini, ayah tidak pernah dibaling cat, rumah dikacau atau sebaliknya.


5) Memang suka publisiti ke? Tidak kisah kena troll?

Saya tidak kisah sebenarnya, sebab saya buat benda betul. Saya hanya melaporkan perkara-perkara yang boleh mengancam negara.


6) Kenapa tampil dengan imej begini? Adakah inspirasi ketika menyertai tentera dulu?

Tiada, tentera bukan begini pakainya, ini nama keterampilan luar biasa. Orang lain tak buat saya buat. Inisiatif sendiri tiada orang suruh pun. Saya reka sendiri, setakat ini pemakaian saya tidak ada yang larang. Kalau ada masalah saya mungkin akan tukar pakai busana.


7) Kenapa pakai kaca mata hitam sepanjang masa?

 (Ketawa) Kalau saya buka kaca mata hitam, ada orang tegur mana kaca mata hitam? Jadi saya pakailah sebab sudah jadi identiti saya.


8) Bagaimana penerimaan anak dan keluarga ?

Mula-mula itu keluarga tidak boleh terima cara saya ini, Namun lama-kelamaan mereka boleh terima. Sebab ramai yang ‘trollkan’ saya tetapi saya cakap kita jangan balas balik, sebab itu jadi ‘saham akhirat’ buat saya.


9) Dapat gelaran “Datuk Paduka”?

Saya dapat dari ‘Sultan Melaka’ selepas membantu beliau menyelesaikan satu isu. Masa tu, tidak ada sultan lain yang nak bagi dekat saya, jadi saya terima sahajalah.


10)  Adakah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ‎ ini sebenarnya didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS)?

Ya betul berdaftar. Asalnya MJMM ialah Majlis Jemaah Muhibbah (MJM), tetapi setelah berdaftar di bawah ROS pada 30 Julai 2012 maka nama pertubuhan itu diubah kepada MJMM.

Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti kemasyarakatan termasuk membuat laporan polis kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut, menghina Islam, bangsa  dan negara.

berikut temu bual wartawan sinar harian yang sempat di tanya kepada Ayah Rani.