[5 Gambar] PERGH!! Patricia Yora Wenas, Juruterbang Manis Di Garuda Airlines Yang Sangat Manis !!!

No Comments


MELIHATKAN wajahnya yang mulus lagi comel, kami tidak menyangka beliau adalah merupakan seorang juruterbang di Garuda Airlines, Indonesia.
Kenali Patricia Yora Wenas, seorang gadis muda yang baru sahaja berumur 23 tahun tetapi sudah mempunyai pengalaman di dalam bidang pengemudian kapal terbang.
awek1
Sumber gambar: Facebook Patricia Yora Wenas
Memetik maklumat daripad portal Tempo, Yora pada mulanya menanam cita-cita sebagai seorang doktor psikologi, namun setelah menamatkan pelajaran di Fakulti Psikologi Atmajaya, Jakarta, beliau telah ditawarkan biasiswa di dalam bidang penerbangan di Institut Aeroflyer, Benten.
Beliau telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan di dalam bidang kedoktoran demi mengejar impian barunya iaitu sebagai juruterbang.
Setelah menamatkan pembelajaran di Institut tersebut, beliau kemudian ditawarkan kontrak selama 16 tahun untuk berkhidmat kepada Betavia Air.
awek2
Sumber gambar: Facebook Patricia Yora Wenas
Pengalamannya semasa bekerja di Batavia Aia ialah beliau pernah menerbangkan pesawat besar jenis Airbus A320.
Buat pengetahuan anda, pesawat jenis Airbus ini adalah pesawat besar dan merupakan pesaing kepada syarikat Boeng.
Setahun kemudian, beliau dipindahkan ke sebuah syarikat penerbangan lain iaitu Tiger Mandala.
Namun ‘jodoh’ di syarikat penerbangan tersebut tidak lama apabila syarikat tersebut menghadapi krisis kewangan dan memberhentikan operasi sepenuhnya pada 2014.
Beliau kemudiannya telah menerima tawaran di Syarikat gergasi Garuda Indonesia.
awek5
Sumber gambar: Twitter Patricia Yora Wenas
Di mana beliau telah diberi kepercayaan untuk mengemudi pesawat yang lebih besar, iaitu Airbus 330.
“Semakin besar kapasitas pesawatnya, semakin besar tanggung jawab saya pada penumpang di belakang saya,” ujarnya.
Gadis kecik molek ini telah menjadi sensasi di media arus Indonesia di mana rata-rata netizen menganggap Yora sebagai sumber inspirasi buat gadis-gadis muda yang menanam cita-cita untuk memikul pekerjaan yang selalunya dipelopori oleh bidang lelaki ini.
Tahniah Mynewshub ucapkan kepada Kapten Patricia Yora Wenas