SEORANG lelaki gelandangan mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan seorang wanita yang menjadi tebusan seorang lelaki bersenjata di Brazil.
Insiden yang berlaku di hadapan gereja terkenal Sao Paulo memperlihatkan Francisco Erasmo Rodriguez De Lima, 61, mati selepas ditembak sebanyak dua kali di bahagian dada.
Francisco telah menyelamatkan wanita tersebut yang diugut bunuh oleh Luiz Antonio De Silva, 49, sebelum suspek mati ditembak pihak polis.
Menurut sumber, Francisco yang bertindak berani itu mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang dialami manakala wanita terbabit yang terselamat kini dirawat namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Ribuan pengguna sosial menyeru pihak bertanggungjawab memberi penghargaan terhadap jasa Francisco dan kebumikannya dengan cara yang terhormat.
– MYNEWSHUB.CC
Video lelaki gelandangan di Brazil mati ditembak selepas selamatkan wanita yang dijadikan tebusan