[VIDEO] Sengsara Budak 13 Tahun DIPUKUL NGERI Hingga Mati !!! | Sengsara budak 13 tahun sebelum mati. Polis Bangladesh memburu sekumpulan lelaki yang membelasah seorang budak lelaki berusia 13 tahun hingga menyebabkan kematiannya serta merakam perbuatan kejam mereka di Sylhet, utara negara itu. Dalam video sepanjang 28 minit itu, budak malang itu merayu meminta air ketika dia terbaring tidak bermaya. Video berkenaan yang menjadi viral di internet, mencetuskan bantahan besar-besaran.
Menurut polis, bedah siasat mendapati mangsa yang diberi nama Samiul Alam Rajon mengalami kecederaan pada seluruh tubuhnya, termasuk di kepala dan dada. Dia mati akibat pendarahan dalaman.
Menurut polis, bedah siasat mendapati mangsa yang diberi nama Samiul Alam Rajon mengalami kecederaan pada seluruh tubuhnya, termasuk di kepala dan dada. Dia mati akibat pendarahan dalaman.
“Samiul Alam Rajon mati pada 8 Julai akibat dibelasah tanpa belas kasihan. Tubuhnya ada 64 kesan luka termasuk di kepala,” kata ketua polis tempatan, Alamgir Hossain kepada AFP. Timbalan Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan Kamal, berkata polis sudah menahan dua orang berhubung pembunuhan itu dan sedang mencari empat lagi.
“Mereka akan ditahan dan menerima hukuman berat,” katanya.
Ketua kumpulan itu, Muhit Alam, direman lima hari mulai Isnin, untuk siasatan kerana membunuh. Dia ditahan ketika mahu membuang mayat mangsa di satu kawasan terpencil. Samiul berkerja menjual sayur sambilan selepas berhenti sekolah bagi membantu keluarganya yang miskin dan menurut polis, kumpulan itu mengikatnya pada tiang selepas menuduhnya mencuri – dakwaan yang dinafikan keluarga budak itu.
“Anak saya bukan pencuri. Saya mahukan keadilan untuk pembunuhannya,” kata ibunya, Lubna Aktar. Dalam video itu, budak berkenaan yang ketakutan menjerit kesakitan dan berkata berulang kali: “Tolong jangan pukul macam ini, saya mati nanti.” Penyerangnya pula kedengaran cuba memaksanya mengaku terbabit dalam kecurian.
Pada satu ketika dia disuruh pergi tetapi ketika dia cuba bangun, seorang penyerang berkata: “Tulangnya masih elok, pukul dia lagi.” Mereka juga kedengaran berbincang untuk menyiarkan video itu di Facebook supaya ‘semua orang boleh menyaksikan apa yang berlaku kepada pencuri’ . KREDIT BERITA PREMIUM.
Tonton video di bawah: