SUNGGUH melampau dan keterlaluan.. satu klip video yang merakam aksi seorang gadis dipaksa mencium kaki seorang perempuan yang merupakan anak tauke sebuah restoran tersebar menjadi viral di media sosial baru-baru.
Perbuatan biadap dan kurang ajar si anak tauke itu sekali gus mencetuskan amarah malahan dikecam oleh ramai netizen tempatan sendiri.
Lebih mengejutkan, kejadian yang dikatakan berlaku di Seberang Takir, Terengganu ini dikatakan mendapat sokongan dan disaksikan oleh ibu si pembuli itu.
Bahkan, akibat trauma dengan insiden tersebut, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga dikatakan nekad berhenti sekolah berikutan berasa amat malu.
Menurut pelajar yang hanya mahu dikenali Mia, sebelum insiden dipaksa cium kaki, perempuan itu pernah memukulnya dan cuba menanggalkan pakaiannya pada hari yang berbeza.
MYNEWSHUB difahamkan, Mia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu baharu sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.