Pagi-pagi dapat Whatsapp daripada pemuda ni yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan financial protection, jadi saya terus buat temujanji untuk berjumpa selepas kerja. Kebetulan tempat kerjanya berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang.
Alhamdulillah. Orang yang saya temui ni bukan jumpa saya untuk minta tolong waktu tak dapat ditolong. Masih lagi sihat dengan keadaan kewangan yang stabil.
Kebanyakan kes orang yang bersungguh-sungguh nak jumpa ni bila mereka tau mereka ada ‘sesuatu’, dalam erti kata lain, dah sakit. Bila sakit barulah nak cari financial protection terhadap bil perubatan.
Bila sakit tiba-tiba ada duit banyak pulak nak ambil medical card, dulu kita offer banyak alasan. Maaflah, kalau dah sakit, memang kita tak boleh tolong.
Bukan setakat itu, pemuda ini dah capai sesuatu yang 99% pemuda kat Malaysia ni tak ada lagi. Termasuk saya. Tak sangka apa yang dia dah capai agak luar biasa untuk orang yang makan gaji.
Pemuda ini bekerja sebagai eksekutif perakaunan di sebuah syarikat pemaju. Berumur 26 tahun. Menariknya, dia sudah bekerja sejak umurnya 20 tahun. Tamat pengajian tinggi lebih awal berbanding mereka yang sebaya dengannya dan dengan kelebihan sebagai ‘pelajar lompat’, menjelang umur 20 tahun dia sudah menamatkan pengajiannya ijazahnya melalui program fast track di UiTM.
Mula bekerja seawal umur 20 tahun dan dia bukanlah daripada keluarga yang berada. Orang biasa. Hartanah pertama yang dibeli adalah sebuah apartmen di Sri Damansara pada harga RM82,000 pada tahun 2009, selepas 6 bulan bekerja. Tinggal sendiri. Downpayment dapat daripada hasil duit kerja part time yang dibuat semasa belajar.
Kalau budak-budak biasa, duit part time habis kat iPhone, iPad, Samsung Galaxy dan macam-macam lagi. Tak kurang juga ada yang tukar rim, hias moto sendiri dengan harapan dapat tambah horsepower. Belum cerita yang angkat Myvi lagi. Dia tak. Pendapatan kerja part time disimpan dalam ASB.
Tak pasti dia sewakan ke tak bilik yang lain, tapi point penting kat sini dia beli hartanah seawal mungkin. Masa tu tak beli kereta lagi, bertepatan dengan apa yang saya kongsikan sebelum ni dalam entri Dua Rumah Satu Kereta. Bila dah beli kereta, kena tunggu kurang-kurang setahun lagi baru mampu beli rumah kalau ikut gaji kat Malaysia ni.
Pada tahun 2014, hartanah ini dijual pada harga RM200,000. Keuntungan RM120,000. Tak sikit ke banyak keuntungan macam tu? By that time, budak-budak yang sibuk kumpul gadget mungkin tengah kumpul duit nak upgrade gadget yang dibeli sebelum ni. Rumah tersebut dijual fully furnished dengan perkakas sebanyak RM20,000 dipakejkan sekali dalam harga jualan. Ada yang kata rugi, tapi kalau dah untung RM100,000, apa nak kisah sangat kan.
Keuntungan daripada hartanah tersebut digunakan sebagai downpayment untuk membeli hartanah kedua iaitu sebuah rumah di Bukit Jelutong. Harga pasaran rumah ini asalnya pada masa itu adalah RM700,000 namun disebabkan penjual berada dalam keadaan yang terdesak, dia dapat membeli hartanah tersebut pada harga RM650,000. Katanya bergaduh jugaklah nak dapat harga ni dengan owner tu.
Rumah di Bukit Jelutong dibeli pada tahun 2014. Dia kini menetap di sini bersama adik beradiknya.
Berapa harga hartanah ini sekarang? Paling murah saya jumpa adalah RM880,000 dan paling mahal adalah RM999,000 untuk rumah intermediate dengan keluasan yang lebih kurang sama.
Walaupun katanya dia tak rancang nak buat semua ni, tapi langkahnya setakat ini memang tepat. Katanya lepas ni dia takde nak beli property dah. Cukup dengan sebiji rumah yang saya yakin harganya takkan jatuh walaupun ekonomi slow down.
Saya memang kagum dengan pemuda ini sebab dia mewakili orang biasa seperti saya dan anda, yang tak mengharapkan harta mak bapak untuk hidup, bekerja keras dari awal dan hanya makan gaji untuk capai apa yang dia ada sekarang. Siapa kata orang makan gaji tak boleh kumpul aset?
Jadi apa pengajarannya kat sini:
1) Beli hartanah seawal mungkin selepas mula bekerja. Jangan kahwin dulu, jangan beli kereta dulu. Tapi untuk realisasikan ini, kena rancang lebih awal, masa belajar lagi supaya masa belajar dah start kumpul duit.
2) Lokasi yang betul. Seperti entri saya sebelum ni tentang persoalan samada nak beli hartanah sekarang atau tidak, sepanjang masa adalah peluang yang bagus untuk membeli hartanah asalkan lokasinya di tempat yang memang strategik. Sri Damansara adalah contoh lokasi ini, memang terletak di tengah bandar, dikelilingi lebuhraya dan lengkap dengan segala kemudahan awam.
Beli untuk tinggal sendiri boleh, nak sewakan pun boleh sebab faktor lokasi ni menjadikan hartanah ini sentiasa dalam permintaan, samada untuk sewa atau jual.
3) Beli hartanah di bawah harga pasaran. 2014 orang kata harga hartanah dah mula slow down. Memang masa yang tepat untuk beli sebab sentiasa ada orang yang terdesak nak jual hartanah pada masa ni, terutamanya untuk hartanah yang high end. Dengan timing dan bagus dan bajet yang cukup, dia dapat good deal daripada pembelian hartanah keduanya.
4) Tak perlu pergi seminar hartanah pun dah boleh dapat pencapaian macam ni. Kalau anda setakat nak beli hartanah untuk tinggal sendiri, tak payahlah tunggu atau hebohkan sangat nak pergi semua seminar hartanah. Trend sekarang saya tengok, tiap-tiap tahun orang pergi seminar hartanah, tapi bila tanya apa yang dah dibeli, belum beli. Ilmu tanpa amal.
5) Habis belajar cepat-cepat. Kat Malaysia ni belajar tinggi-tinggi pun gaji sama jugak. So untuk adik-adik lepasan SPM, habis sekolah carilah course yang biasa-biasa dan boleh cepat habis. Bila habis awal, kerja awal. Bila kerja awal, boleh beli hartanah lagi awal daripada orang lain. Bila beli hartanah awal, lagi cepat untung.
Sekarang, dia dah tak perlu pening. Kerja macam biasa untuk maintain rumah sebiji tu. Umur 26, pengalaman kerja dah 6 tahun (gaji pun dah boleh demand kalau pergi mana-mana) dan ada hartanah landed freehold berharga hampir RM1 juta, nak apa lagi?
Bila jumpa orang macam ni mengingatkan saya kenapa saya suka buat bisnes takaful ni. Sebab utamanya dapat jumpa 1-on-1 dengan orang macam ni dan dengar kisahnya. Lama jugak bersembang semalam. Terima kasih atas masa dan kisah yang dikongsikan.