(VIDEO) Apek Cina Ini Belah Durian Menggunakan Penumbuk Buku Lima Tangannya !!!

1 comment


SEPERTI semua maklum, musim raja segala buah-buahan iaitu durian kembali lagi.
Hal ini boleh diketahui dengan mudah berdasarkan kepada lambakan gerai durian yang kini tumbuk bak cendawan di sisi jalan raya.
Bagi peminat durian, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati sendiri kelazatan buah penuh dengan duri tajam itu.
Pun begitu, ramai yang berpendapat membuka buah durian merupakan sesuatu yang sukar kerana strukturnya yang penuh berduri keras.
Boleh dikatakan, kebiasaannya orang akan meminta bantuan penjual durian atau mendapatkan bantuan bapa di rumah dengan menggunakan pisau.
Bagaimanapun, kami terkejut melihat teknik ‘aneh’ yang digunakan seorang pak cik dalam membelah buah durian.
Mana tidaknya, menerusi satu video yang tersebar ini, pak cik tersebut dirakam membelah buah durian dengan hanya menggunakan buku limanya.

Oh yer, jangan sesekali menyangka anda boleh meniru aksi tersebut kerana teknik ‘aneh’ itu telah membuatkan tangan pak cik tersebut cedera.
Difahamkan, pak cik itu berani melakukan teknik tersebut kerana menyahut cabaran seorang penjual durian yang berjanji akan memberi selonggok durian jika berjaya membuka buah berkenaan hanya menggunakan tangannya.

1 comments:

Saya ingin sahut cabaran utk buka durian dgn tgn kosong. Saya serius.