(4 Gambar) APTB! Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid !!!

No Comments

Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid | Seorang lelaki sanggup meminjam kenderaan rakannya bagi tempoh dua jam semata-mata untuk mencuri kasut di Masjid Wilayah Persekutuan, dalam kejadian Sabtu lepas.


Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata suspek ditahan oleh pengawal keselamatan ketika sedang 'asyik' mencuri kasut di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.25 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam bonet kereta jenis Mercedez Benz yang dipinjam suspek menemui sebanyak 13 pasang kasut pelbagai jenis dan saiz dipercayai dicuri dari tempat letak kasut masjid berkenaan," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid

Munusamy berkata suspek berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu bekerja di sebuah syarikat swasta dan polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek pernah melakukan kegiatan sama sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dipercayai dicuri, ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuching di ibunegara.

Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid

Munusamy berkata semakan terhadap nombor pendaftaran dan nombor casis kereta itu dilaporkan hilang tahun lepas di Taman Tun Dr Ismail.

"Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pinjam Kereta Mewah Rakan Untuk CURI Kasut Di Masjid

- Bernama