Secara ringkasnya, dalam surah al-Kahfi, ada 4 jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas manusia. Ujian tersebut ialah:
1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman blh mengambil iktibar daripada tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua disebabkan semata-mata untuk berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, pergilah ke hutan dan gigit kayu sampai mati kalau perlu.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman blh mengambil pengajaran dari kisah pemilik 2 kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah SWT samada menghentikan atau menurunkan hujan serta menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang, manakala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia oleh Dajjal ini. Pesan Nabi SAW, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita diuji dengan tipu daya Dajjal.
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman dapat belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang tlh dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana atau lebih tepat lagi tergoda dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman blh mengambil teladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah SWT.
Umat Islam perlulah melengkapkan diri dgn beberapa ciri-ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam surah Al Kahfi:
1. Dekatkan diri dgn orang-orang yang soleh (Al Kahfi ayat 28).
2. Lengkapkan diri dgn menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi ayat 45).
3. Sentiasa merendahkan diri (Al Kahfi ayat 69).
4. Mngikhlaskan diri (Al Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan usaha dakwah (Al Kahfi ayat 27).
6. Memperbanyakkan mengingati hari akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)
Akhir sekali, kita disarankan sering membaca doa yang pernah dibacakan oleh pemuda-pemuda Al Kahfi:
"Rabbana aatinaa milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"
("Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami") al Kahfi ayat 10