MENAKJUBKAN!!! MANUSIA YANG MILIKI NAMA YANG TERPENDEK DIDUNIA..

1 comment






Jakarta: Jika sebelum ini kita digemparkan dengan nama-nama pelik di Indonesia seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School, kini timbul pula seorang gadis yang mempunyai nama paling pendedk, D.

D, pelajar di sebuah sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah dipercayai individu yang mempunyai nama yang paling pendek dengan hanya huruf D sahaja.

Difahamkan D, 15 tahun masih lagi belum mempunyai kad pengenalan diri....

Bapa kepada D, Mulyaji berkata dia memberikan nama D kepada anaknya itu kerana dia lahir terlalu cepat.

“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya..

Tambahnya juga, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama seperti orang normal...

Menurut D pula, dia selesa dan tidak terganggu dengan namanya yang unik itu..

“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya..

1 comments: